PEMBANGUNAN SURAU KOMPLEKS PENGAJIAN PONDOK WARGA EMAS

Dimulakan pada:
09 Oct, 2023
PEMBANGUNAN SURAU KOMPLEKS PENGAJIAN PONDOK WARGA EMAS
100.07%
RM200,143
/RM200,000
7598
penyumbang
-
baki hari

Tentang Kempen

Kempen ini bertujuan mendapatkan dana bagi menampung kos pembinaan surau buat aktiviti pondok warga emas. Jom bersama kami!
Di tanah yang anda wakafkan ini ini mereka akan melangkah dengan zikir, di tanah yang anda wakafkan ini mereka akan berjalan dengan hati yang penuh takwa kerana di usia emas hanya redha dan rahmat Al...
Kempen ini bertujuan mendapatkan dana bagi menampung kos pembinaan surau buat aktiviti pondok warga emas. Jom bersama kami!

Di tanah yang anda wakafkan ini ini mereka akan melangkah dengan zikir, di tanah yang anda wakafkan ini mereka akan berjalan dengan hati yang penuh takwa kerana di usia emas hanya redha dan rahmat Allah yang diperlukan oleh warga emas yang bakal menetap di sini.


Setiap ruang yang dibina pula akan dipenuhi dengan pengajian al Quran, zikirullah, selawat, tazkirah dan segala jenis ilmu demi mendekatkan diri pada Yang Maha Pencipta Allah SWT.


Kempen ini bertujuan mengumpul dana bagi menampung kos pembinaan surau buat aktiviti pondok warga emas. Tanamkan benih pahala anda sekarang!


PERKEMBANGAN TERKINI TAPAK PEMBINAAN SURAU WARGA EMAS






Dengan moto “Penempatan Mencari Redha dan Rahmat Allah SWT”, Pondok Tahfiz Tarbiah Al-Ummah ingin melaksanakan hasrat pewakaf untuk menjadikan Mauquf tersebut sebagai pusat pengajian Islam dan memberi peluang kepada golongan dewasa dan warga emas untuk menimba ilmu agama dengan lebih mendalam sebagai bekalan di dunia dan akhirat.



Bagi pembangunan fasa pertama pembinaan Kompleks Pendidikan Pondok Tahfiz Tarbiah Al-Ummah dimulakan dengan pembinaan surau utama pondok moden warga emas yang berjumlah hampir RM600,000.





Pondok Tahfiz Tarbiah Al Ummah ditubuhkan oleh Ustaz Manolito dan isterinya Ustazah Hasna’ untuk menyediakan sebuah pusat pengajian dewasa dengan kemudahan yang selesa dan kondusif.


Kini peluang anda untuk bersama ustaz dan ustazah sudah dibuka dalam usaha untuk membangunkan Surau yang akan dijadikan tempat utama Kompleks ini mengadakan pengajian.



Seperti yang kita tahu Rasulullah S.A.W pernah bersabda:


“Siapa yang membina masjid kerana Allah, sekalipun hanya seperti sarang burung atau lebih kecil, maka Allah akan membina untuknya rumah di dalam syurga.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Marilah kita bina Rumah Syurga kita dengan bersama membangunkan Rumah Allah di Kompleks Pendidikan Pondok Tahfiz Tarbiah Wal Ummah.


Semoga pembinaan surau pondok untuk Kompleks Pondok Moden Warga Emas Tarbiah Al-Ummah akan dapat disempurnakan melalui sumbangan ikhlas insan-insan dermawan di luar sana, InsyaAllah.


Jika terdapat pertanyaan, kemusykilan mahupun aduan, tuan-tuan dan puan-puan yang dermawan boleh terus berhubung ke talian 019-5723454 (Ustaz Manolito) atau tuan-tuan dan puan-puan boleh menziarah terus ke alamat Lot 5090, Batu 20, Batu Kurau, Perak.


Jom #BuatBaik!

Laporan Kempen

Tiada perkembangan

Rujukan Terkini

Tiada Rujukan Terkini

Belum ada yang merujuk kempen ini

!
Anda merasa kempen mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Senarai Penyumbang

Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 04, 2026
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM300.00
Dec 23, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Dec 23, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 23, 2025
LOTFIAH ABDUL RAHMAN
Menyumbang sebanyak RM100.00
Dec 23, 2025

Kongsi kempen

Whatsapp
Telegram
Others

Kempen yang mungkin anda berminat

INFAK BAGI SEMANGAT JUANG SEORANG IBU
BANTUAN PEMBELIAN VAN DAN DANA OPERASI PERSATUAN KAMI PRIHATIN ANAK YATIM DAN MISKIN
INFAQ SEDEKAH RUMAH JAGAAN WARGA EMAS
SUMBANGAN KITAB PENGAJIAN BAGI KEGUNAAN MADRASAH DAN TAHFIZ
JOM SEDIAKAN JUADAH BERBUKA KEPADA ASNAF
Kempen Sumbangan Tamat