PERSATUAN KEBAJIKAN NUR EHSAN NEGERI JOHOR

Aktif sejak Jun 08, 2022

Tentang Penganjur

Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor di Tubuhkan pada 16 Jun 2009 dengan matlamat membantu menyediakan tempat perlindungan dan penjagaan kepada golongan warga emas yang terbiar serta insan-insan yang hidupnya melarat dan tidak berwaris. Bertempat di alamat Lot 3353, Mlo 1034, No.3, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor. Sehingga kini, terdapat 4 buah Pusat Jagaan warga emas dan orang kurang upaya Fizikal dan mental dengan jumlah penghuni keseluruhannya seramai 167 orang penghuni yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor.


Objektif penubuhan Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor adalah seperti berikut :


1. Menubuhkan dan menguruskan tempat perlindungan bagi orang-orang islam yang terbiar serta fakir miskin yang tidak mempunyai waris yang bertanggungjawab ke atas kebajikan mereka termasuk orang-orang yang cacat anggota dan anak-anak yatim yang terbiar.

2. Memberi perlindungan dan penjagaan kepada Orang Kurang Upaya Fizikal dan Orang Kurang Upaya Mental.

3. Menggalakkan aktiviti-aktiviti kebajikan yang berbentuk material, sosial dan akademik dengan apa-apa cara yang sah di sisi undang-undang.

4. Bekerjasama dengan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela lain yang berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama.


PKNENJ dibarisi 11 orang Ahli jawatankuasa daripada pelbagai daerah bagi membantu gerak kerja persatuan dari segi mencari dana dan menyusun program-program dan aktiviti-aktiviti kebajikan yang melibatkan penghuni-penghuni yang tinggal di Pusat Jagaan, ahli-ahli Persatuan serta masyarakat awam. PKNENJ dikuatkan lagi dengan kekuatan seramai 93 orang ahli seumur hidup yang turut sama membantu PKNENJ mencapai objektif selaras dengan perlembagaan persatuan.


Lot 3353, Mlo 1034, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor , 81200, Johor Bahru, Johor, Malaysia
nurehsan2007@gmail.com
+60172326415
+60172326415

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

16 minit yang lepas

Allah tetapkan iman kami sekeluarga. Ya Allah kurniakanlah kpd kami taufik dan hidayah sehingga memasuki syurga Firdaus Mu bersama nabi Muhammad saw . Ya Allah kurniakanlah kpd kami sekeluarga kesabaran dan ketabahan dan bantu kami melalui ujian.ya Allah kurniakanlah kpd aku, keluarga ku dan zuriat keturunanku sihat, sempurna cerdik berakal beramal Soleh dan menghafal Al-Quran dan hadis.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

17 minit yang lepas

Maaf saya boleh bantu sikit je. semoga dipermudhkn rezeki kita semua, diberi kesihatan dn ketenangan hati. saya pun jaga org tua. bnyak dugaannya. kirim salam semua ye.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

FARIDAH ABD MALEK

25 minit yang lepas

Doakan saya sihat hingga akhir hayat dan booeh urus diri sendiri

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

31 minit yang lepas

Ini adalah sedekah daripada ibuku yang telah meninggal dunia

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

SHERINA HASSAN

37 minit yang lepas

رَّبَّنَا عَلَيْكَ تَوَكَّلْنَا وَإِلَيْكَ أَنَبْنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ "Ya Tuhan kami hanya kepada Engkaulah kami berserah diri dan hanya kepada Engkaulah kami bertaubat dan hanya kepada Engkaulah kami kembali."(QS. Al-Mumtahanah: 4)

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

41 minit yang lepas

Doakan ibu ayah saya sihat dan panjang umur.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: